Za Tupperware: Tips penjagaan Tupperware

ORDER FORM

Name:
Email Address:
Phone No.
Address
Item(s) code/name and quantity
Payment Method
Delivery Method
Interested to join Tupperware's membership?

Saturday, 12 November 2011

Tips penjagaan Tupperware

Berikut adalah panduan untuk menjaga produk Tupperware kesayangan anda:

CARA CUCIAN

1.  Gunakan air suam bersabun dan kain lembut atau span.
2. Kering menggunakan kain lembut atau dibiarkan kering sendiri.
3. Jauhkan dari panas.
4. Gunakan baking soda untuk menghilangkan kotoran degil.



PENYIMPANAN


1.   Keringkan dengan kain lembut sebelum disimpan.
2.   Buka semua tutup Tupperware utk aliran udara.
3.   Simpan Tupperware dalam keadaan PENUTUPNYA DIBUKA. Ramai yang tak tahu ni.
                                             

MINUMAN, MAKANAN & CECAIR PANAS


1. Biarkan makanan, minuman & cecair seperti minyak, sup, sos sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dlm Tupperware


KESAN CALAR

1.   Elakkan menggunakan alat tajam, pencuci yang kuat.
2.   Gunakan pencuci dan span yang lembut.
3.   Untuk menghilangkan kesan minyak, gunakan air suam.


MICROWAVE


1. Produk Tupperware tidak boleh digunakan untuk memasak dan tidak sesuai untuk Microwave
2.  Kecuali TupperWave Stack Cooker, Rock ‘N Serve & CrystalWave reheatable products.


BAU YANG KURANG MENYENANGKAN


1.   Letakkan arang/surat khabar didalam Tupperware & tutup ketat
2.   Basuh penutup & bekas Tupperware dengan Baking Soda
3.   Cuci dengan Jus lemon/cuka dan bilas dengan air.
3.   Buka tutup Tupperware apabila tidak digunakan

No comments:

Post a Comment

Copyright by ZaTupperware