Za Tupperware Malaysia : ‎Bagaimana Anda Boleh Berjaya Dalam Biznet Tupperware

Thursday 16 February 2012

‎Bagaimana Anda Boleh Berjaya Dalam Biznet Tupperware



..hm anda terasa sesak nafas bila baca tajuk artikel ini?? Anda sebenarnya tiada masalah asma, semput dan sebagainya ..bukan? Saya ingin menarik perhatian anda..bahawa org yg belum menyertai apa2 perjuangan bisnes sebenarnya mereka mmg dalam kerugian!

Rugi dari segi apa? Rugi dari segi masa (bisnes sebenarnya blh diwarisi hingga ke anak cucu kita), pengalaman (pengalaman tidak akan dtg kepada anda, jika anda tidak berani mencuba), rugi kerana takut untuk berjaya, sememangnya anda rugi kerana anda mmg tidak mencuba, dan memperolehi keuntungan daripadanya.

Tiada sesiapapun mampu mendatangkan duit tanpa berbuat apa2...kalau mahu duit dtg berterbangan kepada anda pun mmg sgt2 mustahil melainkan anda memang kaya raya bak Paris Hilton! Cuba lihat, Paris sendiri mewarisi kekayaan dari keluarganya tetapi segunung pun duit boleh habis jika anda tidak bijak menjananya. Betul atau tidak?

Saya melihat org yang takut mencuba, sama seperti melarikan diri dr bayang2nya sendiri.

Anda pernah dengar bukan jawapan2 seperti ini dr pelanggan anda..

- Owh tupperware..mahal la..tak nak la beli. Kitorg gaji kecik jer!
- Alah beli kat kedai mamak pun blh. Berdozen blh dapat!
- Takder bajetla..

Apa lagik alasan yang anda pernah dengar? Tidakkah anda tahu alasan2 ini langsung tidak beracun kepada anda yang sgt berani menempuhnya. Ibarat seperti daki di kulit..bila disental habislah!
-->>apa yang saya nak katakan.. alasan2 ini perkara biasa. Sama atau tidak jawapan ini yang anda dengar drpd consultants anda?

- seganlah..dah byk kali bg ktlg dia(customer) tak order pun!
- alah..diorg tu byk alasan, mahal lah..aperlah..
- susahlah nak jual..byk org dah jd ahli kat opis i..!
- erm..modal besar i tak mampu..etc
jika anda dihadapan saya..tahu apakah jawapan saya kepada anda..?

JAWAPAN PERTAMA

Katalog yang kita beli hanya 50 sen, tapi kalau setiap brg yg customer beli pasti jauh lebih untung dr modal katalog anda. Sebagai seorang consultant kita tidak blh putus asa.
Cuba tips ini :

1. Pertama kali anda mesti bagi kepada sesiapa shj katalog tanpa melihat kemampuan membeli mereka. Ingat! mungkin anda pandang dia selekeh tetapi dia jauh lebih berduit daripada anda!
2. Jgn lupa menulis nama anda & no tel utk memudahkan diorg menghubungi anda. 3. Anda juga digalakkan menyediakan 10 ktlg bg setiap keluaran. 5 di rumah dan 5 di dalam kereta. Anda tahukan kenapa..? jika anda bekerja, anda perlu tambahan 5-10 katalog.
4. Jika anda ingin lebih berjaya sediakan bisnes kad yang di stapple bersama katalog anda.
5. Jika customer anda menolak untuk menerima katalog anda..anda tolong elakkan: 
- menunjukkan reaksi/mimik wajah menyampah atau kecewa
- katakan padanya.. "saya bg secara percuma, saya tidak memaksa anda membeli.."
- ucapkan terima kasih apabila dia menerima (kita jarang ucapkan terima kasih, jd customer melihat kita tidak sopan dan kurang menghargai..)

--> apabila kita memberi katalog, jgn selalu mengharapkan semua customer akan memesan barang kepada kita.

Anda tahu kenapa? Setiap manusia punya masalah kewangannya sendiri. Mungkin bulan itu dia tidak mampu membeli drpd anda..bulan2 seterusnya siapa tahu?

JAWAPAN KEDUA

Sebagai seorang CONSULTANT anda perlu dan wajib tahu apa kebaikan2 tupperware. Yang paling mudah..

- Tupperware sgt berkualiti diiktiraf di peringkat antarabangsa
- Harga yang berpatutan tetapi sangat berbaloi kerana jaminan seumur hidup (kalau beli kat pasar raya/kedai mamak..pecah tanggung sendiri. So mana lebih murah)
- Pecah, rosak blh ditukar ganti dengan yang baru (terms & conditions apply) - tolong rujuk kepada katalog tahunan punca2 kerosakan yang di bawah jaminan menggunakan material yang selamat daripada bahan kimia termasuk plastik dan warna sangat praktikal, pelbagai warna, bentuk dan pastinya penutup yg bersesuaian dgn penggunaan.

--->>Kenapa anda perlu tahu ini semua???

Senang anda nak terangkan kepada customer. Mereka tak faham dan tak tahu, so anda perlu menjelaskan supaya dia teruja untuk membeli dgn anda!

JAWAPAN KETIGA

Susah nak jual???Cuba buka mata luas2, rasanya saya dah kenal Tupperware sejak sy mula2 celik mata dulu. Mak, nenek semua guna Tupperware. Tupperware mmg dah lama bertapak kat dunia. Dari generasi ke generasi mengenalinya...maknanya, Tupperware satu brand yang kukuh dan semua org tahu mengenai kewujudannya..cuma tak tahu menilainya.

Bersaing secara sihat. Org melayu mesti berjaya. Cuba tgk di luar sana deretan kedai..saper yang banyak menjual? Cina? India? Tengok pesaing di sebelahnya..ada jugak yg meniaga benda yang sama..tak tutup pun kedai? Kita kena sahut cabaran. Perniagaan mmg telah lama dilakukan. Nabi Muhammad S.W.T pun menjalankan perniagaan. InsyaAllah..anda boleh! Yakin diri..ingat untuk siapa kita lakukan ini semua.

Cuma satu yang saya ingin pesan..

Bila anda sudah berjaya, tolong bantu org2 di bwh anda. Jgn biarkan mereka sendiri. Bawa kejayaan kepada semua org.Kita kongsi bersama2.Tanpa mereka, anda bukan siapa2. Ingat!

JAWAPAN KEEMPAT

Senang jer jawapan ini...tiada perniagaan yang tidak menggunakan modal. Betul??Kalau terlalu ramai yang order dengan anda, alhamdulillah. Maknanya rezeki anda murah. Jika tak mampu, anda boleh mohon bantuan dengan org2 di atas anda, dan org2 di bwh anda. Mereka mungkin boleh bantu anda. Mereka mungkin punya lebih modal dan jangan tamak. Kalau anda tak mampu, beri kepada mereka yang mampu. InsyaAllah anda akan tumpang untung.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright by ZaTupperware