Za Tupperware Malaysia : Star Boot Camp - Eagle Ranch Resort 2014

Pages

Tuesday, 28 October 2014

Star Boot Camp - Eagle Ranch Resort 2014

Location: Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Date: 11-13rd October 2014

Syukur Alhamdulillah..
Akhirnya dapat jugak berpeluang nk pegi Star Boot Camp (SBC) oleh Tupperware Brands Malaysia nih. Bukan senang nk achieve challenge yang diberi tapi saya cuba jugak sedaya-upaya untuk buat yg terbaik kali nih. Yelah..last time SBC xsempat nk achieve. Kali nih saya cabarkan diri untuk completekan misi nk ke SBC Eagle Ranch Resort, PD. Excited woooo nk pegi menimba ilmu ni. Banyak tips2 untuk berjaya dalam Tupperware nih boleh kita dapat di sana.

Day 1:
First aktiviti kita di Eagle Ranch adalah "Rope Course". Aktiviti nih untuk melatih kita tentang sikap berkerjasama dalam pasukan, kepercayaan antara satu sama lain dan fokus tentang apa yg kita sedang lakukan. Samalah macam dalam biz Tupperware. Nak berjaya, kene fokus betul2. kita bergerak dalam satu team, so kene ade sikap 'teamwork'. Itu yg penting!!


Bila "Rope Course" dah selesai, baru la dpat balik ke bilik masing2. Bilik memang best dan cantik. Lepas dah selesai kemas, our next program adalah pengagihan kumpulan kt Training room Saya dapat Group 4. Best dapat jumpa kawan2 baru yang banyak tips. Time nih jugak kita diajar tentang EFFECTIVE COMMUNICATION SKILL. Setiap kumpulan diberikan tugasan berlainan yang perlu dibentangkan esok hari.



Malam tu kami di bawa ke Restoran Seafood paling 'best' katanya kt PD. Makan free..macam2 ada. Kenyang sungguh. Lepas makan semua dah kekenyangan tapi tugasan harus diutamakan. 



Day 2:
 Aktiviti hari nih adalah Lunch and Learn Demo. Hari ni kita nak buat demo masak Sambal Tumis Daging Asam. Alhamdulillah Group 4 dapat tempat kedua. Yeayyyy!!!! Lepas demo, pegi lunch lagi. So another makan..dan kenyang lagi (^_~).





Lepas lunch, aktiviti Team Building di mana setiap kumpulan diberi satu tabung buluh, 2biji bola kecil dan tali. Kene fikir strategi nak angkat tabung buluh menggunakan tali dan masukkan bola2 tu ke dalam bekas yang disediakan tanpa jatuh atau dipegang. Apa2pun setiap ahli kumpulan xblh melepasi garisan bulatan yg ditetapkan. Aktiviti ini mengajar kita tentang pentingnya peranan seorang TEAM LEADER dalam memberikan ARAHAN dan setiap ahli kumpulan harus FOKUS dan harus bersikap TOLERANSI dan BEKERJASAMA antara satu sama lain untuk menjayakan sesuatu perkara.





Aktiviti berikutnya adalah BBQ!! Kan dah cakap...makannnnnn lagi. Kenyang sungguh asyik makan je. Lepas makan, malam tu ada program Jungle Trekking. Best!! Masuk hutan guna kompas untuk cari jalan keluar. Masa nih la KOMUNIKASI ITU SANGAT penting. Kalau tersilap komunikasi, info yang kita dapat tu xsampai dengan betul. 




Day 3:
Hari terakhir kami di sini. Pagi tu kami ada aktiviti kat tepi laut..pasang rakit dan mendayung rakit tu ke tengah laut, capai bendera dan patah balik. Penat tu memang penat tapi sangat best! Alhamdulillah Group 4 dapat tempat keempat walaupun bukan dalam Top 3 tapi oklah kan... (^_~)




Lepas aktiviti berakit dan lunch, the last aktiviti adalah presentation pasal prospecting and introducing about water filter. Banyak yang saya belajar pasal water filter ni. Simple item but complex and friendly user.

Insya-Allah, SBC di Eagle Ranch ni berjaya membuatkan saya lebih bersemangat dalam biz Tupperware. Segala tips dan ilmu yang saya dapat di SBC ni akan dipraktikkan untuk diri saya dan 'team member' saya.

My long-term goal adalah nak menjana pendapatan bersama Tupperware 2-3x ganda dari pendapatan saya sekarang, nak complete kan tabung pendidikan anak2 saya dan kalau ada rezeki boleh dapat Chain of Confidence  (COC) award ke. For the time being, saya nk rank-up lagi dalam waktu yg terdekat ni. Insya-Allah 5SD bulan depan. NOTHING IS IMPOSSIBLE!!




GOOD BYE STAR BOOT CAMP EAGLE RANCH RESORT OCTOBER 2014!! 



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright by ZaTupperware